Thursday, October 30, 2008

Milik Allah..


BismilLah, wassolatu wassalamu ‘ala Saiyyidina Rasulillah wa ‘ala alihi wa ashaabihi ila yaumiddin, wa ba’du ;

Salam mahabbah..

Ketenangan yang Allah kurniakan menjadikan kaki ana lancar mengatur langkah ke setiap tempat yang di tuju sehinggalah ana berkesempatan meletakkan diri dalam satu majlis ilmu kuliah maghrib di taman jali yang dipimpin oleh Al Fadhil Ust Yusainee Yahya.

Ana coretkan semula sebagai ingatan buat diri ini.. hamba yang lemah lagi hina..
" Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman." (Surah An-'Am :125)

- disesatkan Allah berarti: bahwa orang itu sesat berhubung keingkarannya dan tidak mahu memahami petunjuk-petunjuk Allah. dalam ayat ini, Karena mereka itu ingkar dan tidak mahu memahami apa sebabnya Allah menjadikan nyamuk sebagai perumpamaan, Maka mereka itu menjadi sesat.-

"Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka Kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang Telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. mereka itu dalam kesesatan yang nyata." (Surah Az-Zumar :22)

Dua Kalam Allah diatas telah menjelaskan betapa tinggi nilai Hidayah Allah SWT dan Hidayah itu adalah milik mutlak Allah SWT. Dikurniakan kepada hamba-hamba Nya yang terpilih. Merenung jauh ke dalam diri.. Subhanallah.. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih.. manusia sering terlupa, terleka, terlalai.. selalu di buai mimpi dunia yang enak sehingga malas dan membawa kepada jahil dari berfikir untuk mengenal makrifatullah. Lalu Allah telah memberi peringatan akan mereka yang mendodoi diri sehingga terlena dari mengingati Nya.. bahkan walaupun terjaga dari lenanya mereka tetap atas sikap jahil itu.. begitu lah Allah menimpakan seksa ke atas golongan yang sesat..

Dalam satu ayat lain yang tak sempat ana menyalin apa yang di sebut ustaz, bahawa orang yang beriman juga akan dimasukkan ke dalam neraka.. kenapa? kerana kita adalah hamba Allah, dan Allah berhak sepenuhnya ke atas hamba-hamba Nya.. Sebagai contoh, kita beli paper kemudian paper tu menjadi hak kita dan terpulang pada kita nak buat bungkus nasi lemak ka, nak jual pada paper lama ka, nak buat saprah ka.. jadi begitulah kita ni pada Allah SWT.. Allah berhak perbuat apa sahaja pada hamba Nya.. sebagai hamba kita lalui apa yang Allah berikan.. dan bersyukur atas apa yang Allah kurniakan..

Namun Allah telah janjikan pada hamba Nya yang beriman akan balasan kebaikan.. mustahil Allah akan menimpakan seksa ke atas orang-orang yang beriman.. tetapi tidak mustahil juga kerana itulah haq mutlak Allah SWT. Dan Allah berpesan pada hamba Nya yang melakukan dosa..

"Kepada hamba-hambaku yang berbuat dosa, jangan kamu berputus asa dari rahmat Ku kerana Aku berhak memberi keampunan.."

Begitulah peri pentingnya kita sebagai hamba Allah meletakkan diri dalam suasana bi'ah solehah agar terpelihara iman dan taqwa. Mengapa kita mesti menunggu orang lain yang datang mengajak kepada pentarbiyahan diri.. mengapa tidak kita sendiri mendidik dan mendisiplinkan diri seperti menghadiri majlis-majlis ilmu, kuliah-kuliah, merajinkan diri membaca buku-buku ilmiah, meletakkan diri hampir dengan orang-orang 'alim, dan kita membentuk bi'ah itu dalam diri sendiri..itulah antara keperluan kepada tanggungjawab menunaikan fardhu muslim. Tidak boleh sama sekali kita membiarkan akal dalam keadaan jahil dan perlu usahakan diri menanganinya untuk akal mendapat makrifah.

Taat Menjadi Maksiat

Ketaatan kepada segala perintah Allah adalah menjadi satu kewajipan yang dituntut dalam akidah islamiyah. Apabila terukir di bibir "Lailahaillallah..Muhammadurrasulullah.." maka terpahat di hati "tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan nabi Muhammad itu Pesuruh Allah" akal menafsirkan ketaatatan itu melalui perbuatan iaitu amalan. Bagaimana ketaatan itu berubah menjadi maksiat? sebagai contoh, Solat merupakan kewajipan, dan kita melaksanakan kerana bukti ketaatan kita kepada Allah, namun Solat itu bertukar menjadi maksiat apabila ia dilaksanakan kerana riak dan sebagainya.. na'uzubillah.. di sini dapat kita perhatikan kemungkinan banyak maksiat yang kita lakukan secara tidak sedar di sebabkan hati yang lalai dan leka.. "ya Allah ampunkan dosa-dosa kami..."

Beramal Dengan Islam

Barang siapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, maka dia memahami Islam, dia mahu dirinya sentiasa terikat dengan segala prinsip-prinsip Islam, seperti ekonomi, rumahtangga, politik, kerja dan segala-segalanya mengikut cara Islam.. itulah bukti Allah kasih akan hamba Nya.. Di saat kita berdiri menghadap Allah ketika Solat, telah kita lafazkan dalam iftitah "..innasolati wa nusuki wa ma yahya wa mamati lillah hirabbil 'alamin.." kita telah berikrar akan hidup dan mati adalah kerana Tuhan sekelian alam, Allah Azza Wa Jalla.. dan barang siapa yang beramal dengan Islam di saat Islam luntur, 100 pahala orang yang mati syahid bagi nya.. Subhanallah..

Kasih Sayang Allah

Setelah kita berada dalam ketaatan, usahlah kita mohon pada Allah pahala yang banyak, mohonlah akan kasih sayang Allah..kerana apabila Allah kasih akan hamba Nya.. lebih daridapa pahala yang Allah kurniakan.. Bagaimana nak dapatkan kasih sayang Allah? Laksanakan segala perintah Nya.. dan tinggalkan larangan Nya.. sebagai contoh, Solat mengikut kehendak Allah, tepat pada waktunya kerana telah diberi peringatan ketika azan akan waktu menghadap Allah SWT, tetapi kita selalu terlupa bahkan membuat pertimbangan mengikut akal sendiri dengan meletakkan jam sebagai panduan. "Pukul 6.30 subuh, 2.00 zuhur, 5.30 asar, ....." atau " siapkan ni dulu sat..pastu solat..pastu bla..bla..bla.." Astaghfirullahal'azim... bagaimana kasih sayang Allah akan hadir jika ini keadaan kita... Kata Rasulullah SAW, " Allah tawarkan aku segala bukit bukau, gunung ganang menjadi emas... aku tak mau ya Allah.... cukuplah Engkau jadikan aku kenyang sehari lapar sehari.." Subhanallah..


Monday, October 27, 2008

Final Exam


Assalamu'alaikum..kepada sahabat-sahabat dan adik-adik yang akan menjalani peperiksaan akhir bagi semester ni, buat lah yang terbaik.. Moga redho Allah sentiasa mengiringi kalian dalam berjuang di medan pensijilan duniawi. Pastikan hasilnya memberi kesan kepada imej Islam yang sudah pasti untuk dipersembahkan di hadapan Pencipta yang Agung.. Usahakan yang terbaik.. dan bertawakkal lah.. kejayaan pasti menjadi milik kalian..

Antara Petua menenangkan diri sepanjang perjalanan peperiksaan :

1. Bangun Awal (walaupun paper petang) mandi sebelum bertahajud.
2. Solat subuh berjamaah.
3. Al-Ma'thurat
4. Tilawah Al-Quran (terutamanya surah Yaasin)
5. Solat Dhuha
6. Ayat 1000 Dinar (sekurang-kurangnya sehari sekali)
7. Jaga Solat Fardhu
8. Solat Hajat
9. Bermaaf-maafan
10. Doakan untuk Orang lain
11. Jangan Tengok TV (kalau free antara selang paper baca buku ilmiah/komik/novel)
12. Pakai stokin baru setiap kali nak amek paper.
13. Kalau boleh pakai kasut bertutup, tambah confident walaupun study last minit
14. Tepon kat mak ayah.. dan jgn lupa ucapkan pada mak ayah "i love u"
15. Banyakkan zikrullah
16. Datang awal ke tempat peperiksaan
17. Langkah masuk dewan dengan membaca "Allahumma Haiyi'lana min amrina rashada"
18. Baca 3 Qul sebelum mula menjawab soalan
19. Dengan lafaz Bismillah... mula menjawab
20. Banyakkan berselawat semasa menjawab soalan
21. Ucapkan "Alhamdulillah.." selepas selesai menjawab.... jangan fikir dah..

Selamat Menjawab dengan Redho...
"Barang siapa yang redho akan ku.. Aku redho kepada nya.."
ana pernah dengar ayat ni..tapi tak ingat sumbernya...
wallahu'alam.

Thursday, September 4, 2008

TARAWEH DI MASJID AN-NUR - ARAU


Bismillahirrahmanirrahim.. Salam Ramadhan..

Bertemu kembali dalam diari senyap yang menjadi medan ana berlatih menulis.. catatan ringkas dari pemerhatian sepanjang perjalanan di atas muka bumi Allah yang maha indah.. sesungguhnya tidak ada tandingan setiap ciptaan Nya.. Langit yang luas terbentang di atas tanpa tiang, lautan yang tersebar terkandung 1001 rahsia alam, pepohon yang menghijau teguh memayungi bumi dari ketandusan.. haiwan yang pelbagai ciptaan.. dan manusia yang bertaburan dengan pelbagai acuan dan ragam.. Subhanallah..

4 Ramadhan ana meluangkan masa untuk bersama-sama saudara-saudara se Islam meraikan waktu berbuka dan solat berjemaah di Masjid An-Nur, Arau. Merenung ke arah warga kampus yang hadir untuk berbuka berjamaah, ana terpaku kerana kenangan bersama sahabat-sahabat satu masa dulu terbayang di mata.. seraya ana mengucapkan Subhanallah..sahabat-sahabat yang di rahmati Allah.. ana rindukan kalian.. ana rindukan suasana medan tarbiyah bersama kalian.. namun telah di tentukan bahawa tempat kita meneruskan amanah Allah adalah berlainan.. Moga kalian sentiasa di payungi rahmat kasih sayang Allah SWT..

Selesai solat maghrib berjamaah, ana melihat adik-adik, sahabat-sahabat yang komited dalam beramal, ada yang bertilawah, ada yang berusrah, ada yang terus menyambung juadah.. sementara tunggu solat isyak, sempat ana menghabiskan separuh juzuk ke 5 bacaan al-quran, azam bulan ni dapat khatam sekali sekurang2nya.. insya Allah

Berpusu-pusu muslimat hadir untuk solat taraweh berjamaah, namun ana perhatikan.. jauh di sudut kecil hati ini.. sedih melihat ummat hari ini yang semakin hari semakin membudayakan nilai-nilai islam hadhori.. majoriti yang hadir agak kurang memuaskan dalam etika berpakaian.. ramai yang tak mengikut cara menutup aurat yang betul.. aduhai manusia.. adakah ini salah mereka? mungkin ya.. mungkin tidak.. teringat ana akan satu ayat "jika kita nak lihat keadaan generasi akan datang , maka lihat lah pada generasi hari ini.." adakah ini hasil dari pentarbiyahan 50 tahun pihak kerajaan.. rakyat berjaya dibentuk mengikut acuan pemikiran barat.. Islam itu hanya menjadi hiasan untuk di pertontonkan.. sesekali mereka menoleh dengan pandangan sinis yang kononnya tidak sesuai pada zaman.. Astaghfirullahhal'azim.. "Ya Allah kurniakan lah kami hidayah Mu.. agar kami tetap di atas jalan Mu.. dan bukakan lah pintu hati mereka agar mereka kenal akan jalan Mu.."

Selesai solat taraweh.. Tazkirah di adakan.. sebagai pengisian buat para jamaah, satu lagi suasana yang menyedihkan berlaku.. sedang ustaz menyampaikan tazkirah, jemaah muslimat sibuk melipat telekung di iringi dengan bualan yang membingitkan.. bunyian seperti dihurung lalat.. kemudia segerombolan daripada jamah tadi keluar meninggalkan rumah Allah.. hanya segelintir yang tinggal.. khusyuk mendengar peringatan-peringatan Allah.. Allahuakbar.. ana menghela nafas sambil menggelengkan kepala.. begitulah keadaan masyarakat yang semakin pudar akhlak islamiyah..

Walau apa pun keadaan.. ana bersyukur kerana Allah mengizinkan untuk melihat dan menilai suasana pada malam itu yang semestinya menjadi pengajaran dan peringatan untuk diriku.. dan sudah pasti menjadi asbab untuk ana terus menyemat azam dalam berdakwah.. Allahuakbar..

Monday, September 1, 2008

DARUL MAHABBAH

Salam Ramadhan Ikhwan Akhawat Rahimakumullah.. Bismillahhirrahmanirrahim..

Dia lah yang awal dan akhir.. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.. selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. Kekasih Allah yang dicintai..

Pagi 2 Ramadhan ini memberi ana nafas segar dalam nikmat kurniaan Nya.. lantas jari jemari ini terasa ingin menaip dengan pantas atas semangat bekerja..tapi apakan daya komputer di pejabat rosak menjadi asbab untuk ana mengupdate blog yang di tinggalkan buat seketika.. :)

Hari sabtu 30 Ogos yang lepas memberi ana beberapa pengajaran dalam hidup ini, tambahan lagi ia merupakan antara hari yang paling sedih dalam 6 tahun ini kerana ia merupakan hari lahir abang yang hilang entah ke mana.. masih dalam proses pencarian... ana tinggalkan dulu cerita ini kerana panjang ceritanya...

Sepanjang hari bermula selepas subuh.. tubuhku dimanfaatkan sepenuhnya, selesai mengikuti progran nisa on street jam 1.30 tengahari.. aku bergegas ke RO (rumah tarbiyah) yang telah dimaklumkan bakal mengalami perubahan.. walaupun dalam keadaan keletihan namun keinginanku kuat untuk menziarahi adik-adik yang rajin lagi berdedikasi.. :)

Sejak awal lagi bila ana di maklumkan "kak, 30 hb ni nak buat gotong-royong RO.." lantas terdetik dalam hati ini "tahniah adik2ku yang dikasihi, kerana rasa bertanggungjawab pada rumah yang telah lama hilang serinya.." ana menanti hari itu.. dan hari ini..

Setibanya ana di depan RO.. Masya Allah... RO ke ni? tapi apa nak di hairankan.. lebih 9 tahun.. generasi berganti generasi tidak ada yang bersungguh-sungguh untuk memeliharanya..kerana keadaannya yang agak dhoif.. menyebabkan kemalasan untuk mengemas bertambah-tambah.. Namun ana terkesima sebentar, melihat semangat adik2 yang bergotong royong, ada yang mengecat, yang mengemas, yang membasuh, yang buang sampah, yang menghias, yang makan.. macam-macam fi'il.. ana terhibur melihat telatah masing-masing yang semestinya gurauan dlm ukhwah fillah..

hanya sebentar ana sempat menziarah kerana di jadualkan jam 5 petang ana perlu hadir usrah dewan muslimat yang di bimbing oleh ustaz kesayangan Ust Yusaine Yahya. Rasa sedih nak meninggalkan adik2..tapi bila dah ramai2 tak tahu pulak nak tolong buat apa :)

Ana di maklumkan juga.. kini tiada lagi 'RO' yang ada adalah 'Darul Mahabbah' walaupun tengok dari luar nampak macam kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. tapi bila masuk dalam.. bukan setakat kais.. semua benda boleh hentam.. tambah lagi ada k.pah, kinah dan afitah :) jangan marah ye.. hanya sekadar gurauan.. kepada si mawar 'merah' yang dilantik sebagai mudirah Darul Mahabbah, kepada Su'da, Che Nad dan Zura kini menjadi tanggungjawab kalian mengembalikan ruh tarbiyah di teratak nan indah..

Pada adik2ku yang dikasihi laksanakan lah apa cara sekali pun..asalkan teratak tarbiyah terus tersebar wangian dakwahnya, terus seri dengan akhlaknya, terus indah dengan hiasan mujahidahnya..

Tahniah dan terima kasih atas keprihatian kalian kepada 'Darul Mahabbah' semoga Allah melimpahkan rahmat kasih sayang Nya yang menjadi penguat kepada 'Darul Mahabbah' :) Allahuakbar!

Monday, August 25, 2008

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KE ARAH PENYELEWENGAN


Tuesday, August 19, 2008
Oleh As-Syeikh Al Ustaz Mustafa Masyhur

Kekosongan jiwa agama, di mana para pemuda dibiarkan hanyut pada tahun-tahun yang lampau, kedangkalan pelajaran agama, tidak ada tarbiah agama, berkembang merebaknya banjir kerosakan akhlak dan ibahiyah (mengharuskan segala perkara), berleluasanya keraguan dan syak wasangka di dalam akidah, di samping itu hilang ghaibnya Qanun dan undang-undang di dalam strategi jamaah yang bertanggungjawab mengatur dan mengorganisasi para pendokong dakwah kepada Allah.Tambahan pula dakwah dan para pendokongnya dipenjara, ditindas dan diganggu. Semuanya itu membangkitkan tindakbalas, cabaran-cabaran lantas menyalakan semangat orang-orang yang mempunyai ghairah ke atas Islam terutamanya di kalangan pemuda Islam dan ini adalah merupakan perkara tabii yang tidak dapat disangkal.

Arus kesedaran seperti ini mesti diikat dan ditahan dengan ikatan yang bertujuan memeliharanya dari tergelincir dan terpesong supaya kelak tidak terdedah kepada berbagai tindakan dan pengalaman yang sia-sia dan menghasilkan akibat yang tidak disenangi.
Kita Tidak Menuduh Niat Mereka dalam kita menyatakan tentang penyelewengan-penyelewengan yang jauh dari jalan dakwah yang sebenar, kita hanya bertujuan memberi nasihat dan tunjuk ajar dengan semata-mata mengharap keredhaan Allah. Tidak pernah terlintas di fikiran kita untuk menuduh dan meragui niat mereka, ataupun mengganggu seseorang ataupun hendak membuat jahat kepada seorang muslim.Terdapat beberapa penyelewengan yang biasa berlaku yang menyebabkan keciciran dan penyimpangan dari jalan yang benar.

Ilmu dan Penyelewengan tempat tergelincir yang paling merbahaya ialah fitnah ilmu. Kadangkala orang yang melalui jalan dakwah yang mencari ilmu dasar ma'rifah akan mendapat sedikit sebanyak ilmu kemudiannya ia akan merasakan satu perubahan yang besar dalam drinya, setelah merasai hidup dalam kekosongan dan kesesatan. Dia kagum dan silau matanya dengan sinaran ilmu dan makrifah yang diperolehinya dari hasil kajiannya dan dalam kitab-kitab dan buku dakwah Islam.

Dia yakin pula bahawa ilmu yang diperolehinya itu telah banyak lantas menyangka dia telah mempunyai kemampuan untuk beristinbat dan mengeluarkan hukum dari ilmu yang telah diketahuinya dari nas-nas, dalil-dalil Al-Quran dan Sunnah Rasullah s.a.w. (tidak perlu lagi buku-buku Ulamak yang muktabar) Kadangkala pula dia berpegang teguh pada sebab lahiriah satu-satu dalil dan tidak mahu menerima hujah orang lain. Ketika lain pula dia mudah terpedaya lantas menganggap dirinya telah sampai kepada darjah mujtahid lantas dengan beraninya mengeluarkan fatwa-fatwa hukum syara' di dalam beberapa perkara yang dikemukakan kepadanya.

Benarlah ada orang yang berkata:"Orang yang paling berani mengeluarkan fatwa ialah orang yang paling kurang ilmunya".Lebih merbahaya dari itu dia berani pula merendah-rendahkan darjah imam-imam mujtahidin yang silam jika didapati pandangannya bertentangan dengan pandangan mereka mereka atau sekurang-kurangnya dia berkata: "Mereka itu lelaki dan kita pun lelaki juga".Satu lagi tempat tergelincir ilmu iaitu apabila orang yang berjalan di atas jalan dakwah telah dikuasai oleh kelazatan dan keenakan ma'rifah nabi, dimabukkan oleh pembacaan dan mutala'ah semata-mata, sehinggalah jihadnya tertumpu di dalam bidang itu sahaja tanpa melibatkan dirinya lagi di dalam jihad dan amal yang lain yang dituntut oleh agama.

Akhirnya hatinya menjadi terlalu seronok dan kyusuk dalam membaca berbagai kitab dan berlumba-lumba membaca berbagai majalah yang dipenuhi makalah ilmiah semata-mata. Ini membuatkan dia leka dari memberi perhatian ke arah menyuburkan iman, memperkuat jihad dan latihan dakwah Islam. Ini adalah membaliksongsangkan segala pertimbangan dan menyalah-gunakan segala pertimbangan dan menyalah-gunakan pengertian yang menyokong usaha tolong menolong yang membawa hasil.

Cara untuk memelihara diri dari yang demikian ialah dengan cara menuntut ilmu yang berguna tanpa mudah terpedaya dan tidak melampaui batas, dan selalulah merasa yakin bahawa apa yang telah kita ketahui adalah lebih baik dari apa yang belum kita ketahui. Barangsiapa yang mengaku bahawa dia telah mengetahui maka dia telah menjadi jahil. Kemudian kita cantum ilmu dengan amal. Janganlah kita terlalu berani mengeluarkan fatwa. Kita mestilah sentiasa berlapang dada tanpa menutup diri dan membekukannya dengan kefahaman yang terbatas. Kita mestilah meletakkan manusia dan menilai mereka menurut darjah dan kedudukan mereka.

Semoga Allah memberi rahmat kepada seseorang yang mengenali kadar dirinya.Di Antara Furu'iah (Cabang) dan UsulSatu lagi penyelewengan yang berlaku ke atas orang yang berjalan di atas jalan dakwah ialah lebih mementingkan bentuk lahir daripada isi dan batin, atau sibuk mengurus lahir sebelum mengurus isi dan batin. Ini adalah salah dan bahaya pada waktu ini. Pada hal sepatutnya sebelum kita menyuruh orang yang kita seru dengan perkara-perkara furu'iah kita mestilah terlebih dahulu bersama mereka mengukuhkan dan menegakkan perkara-perkara usul atau dasar akidah Islam dalam diri kita. Ini nantinya akan mendorong kita untuk menyerah diri mengikuti perintah Allah lantas bangun melaksanakan segala ajaran Islam. Mulai dari kuliah hinggalah kepada juz'iah. Kita akan dengan rela hati menerima baik segala ajaran Islam dari yang sebesar-besarnya hingga kepada yang sekecil-kecilnya sebagai ibadat kita kepada Allah.

Tetapi kalau kita jadikan perkara furu'iah (cabang-cabang) sebagai asas yang kita mesti iltizam dengannya sebagai asasi sedangkan kita baru mulai berjalan di atas jalan dakwah, maka da'i yang sedemikian rupa menjadikan mereka yang kita seru menjauhkan diri dari dakwah kita dan secara langsung kita menghalang mereka dari berjalan di atas jalan dakwah bersama kita.

Akhirnya secara tidak disedari kita dapati diri kita terasing disebabkan oleh uslub dan cara yang salah. Kita mestilah mampu membezakan di antara mengiltizamkan diri dan mengiltizamkan orang lain dari diri kita. Kita telah pun maklum pada diri kita bahawa akidah Islam itu bermula dengan menegakkan akidah; iman dan tauhid di dalam jiwa dan iman itulah yang mendorong para da'i untuk menyerahkan diri pada Allah mengikut perintah Allah tanpa ragu dan bimbang.
Oleh kerana kita tidak boleh menyeleweng dari manhaj dan cara yang bijaksana ini.

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan nikmat dan nasihat yang baik". (AnNahl:125)

Antara Berkeras-keras dan Bersusah-payahKadang-kadang orang yang berjalan di atas jalan dakwah terlepas dari penyelewengan yang lain yang tidak kurang bahayanya. Dia terlalu berkeras sangat, bersusah-susah sangat lalu membebankan dirinya dengan melakukan tugas-tugas ketaatan dan ibadat yang di luar kemampuannya dengan keyakinan bahawa perlakuan yang demukian untuk melatih diri dalam rangka memudahkannya untuk mengikut manhaj Ilahi. Akhimya ia tidak mampu meneruskan perjalannya lalu tercicir di tengah jalan hingga sanggup mencuai-cuaikan perkara-perkara yang fardhu dan asasi hinggalah kepada perkara-perkara sunat dan nawafil. Rasulullah telah mengarahkan kita supaya mengelakkan diri dari cara yang demikian.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak jemu sehingga kamu jemu".

Di sini kita wajib membezakan di antara tindakan yang tegas penuh kesungguhan dengan berpayah-payah serta membebankan diri di luar kemampuan. Sesungguhnya nafsu itu adalah ibarat anak kecil, apabila dia dicuaikan akan terus mencintai penyusuan tetapi apabila dipisahkan daripadanya ia akan berhenti menyusu kepada ibunya. Jadi tidak boleh tidak mestilah nafsu itu ditundukkan dan dikendalikan di dalam batas-batas kemampuan kerana Allah Taala telah berfirman sebagai ajaran untuk kita:

"Ya Tuhan kami janganlah Engkau membebankan kami sesuatu bebanan yang tidak sanggup kami memikulnya". (Al-Baqarah: 286)

Jalan dakwah itu adalah panjang dan sukar jadi para pendokong dakwah yang ingin maju meneruskan dakwah janganlah membebankan dirinya dengan bebanan yang dia sendiri tidak mampu memikulnya. Kerana amal yang sedikit tetapi berterusan itu lebih baik dari amal yang banyak tetapi terputus dan terhenti di tengah jalan.

Kita juga tidaklah sepatutnya bersikap melampau dan cuai, kerana bebanan kita banyak, sementara itu pula dakwah memerlukan para pendokongnya yang mempunyai cita-cita yang tinggi, kemahuan yang kuat, keazaman yang tegas, tangkas dan unggul.

Di Antara Sikap Terburu-buru dan LonggarAdakalanya orang yang berjalan di atas jalan ini terlalu optimis. Apabila ia tidak melihat sebarang tanda-tanda kemenangan sedangkan pada hematnya ia telah mengalami berbagai-bagai kepayahan dan ujian disepanjang jalannya, dan ia telah memberi pengorbanan yang semaksimanya. Dia mungkin terdorong oleh semangatnya yang berapi-api dan penuh ghairah untuk menggunakan kekuatan senjata sebagai cara untuk mempercepatkan perjalanan. Lidahnya seolah-olah berkata:

"Walaupun aku yang datang kemudian, aku mestilah mampu membuat sesuatu yang tidak dapat dibuat oleh orang-orang dahulu".

Dengan demikian, dia dan orang-orang yang bersetuju dengannya membuat sesuatu di luar perencanaan yang rapi, yang di dorong oleh semangat yang berapi-api dan membabi-buta. Akhirnya bukan sahaja tidak sampai kepada matlamat yang dicita-citakan bahkan merosakkan dan membahayakan harakah Islam. Wajib difahami secara mendalam bahawa kekuatan yang pertama ialah kekuatan akidah dan keteguhan iman dan diiringi pula dengan kekuatan persatuan dan perpaduan.

Akhir sekali barulah kekuatan tangan dan senjata. Itu pun jika sudah tidak mempunyai jalan dan pilihan lain.Di Antara Politik dan TarbiahDi sana ada lagi satu penyelewengan yang boleh menjauhkan kita dari jalan yang sihat iaitu kita memandang ringan terhadap proses tarbiah, pembentukan dan perlunya beriltizam dengan ajaran Islam dalam membentuk dasar dan asas yang teguh. Lantas kita seolah-olah melatah lalu menggunakan cara dan uslub politik menurut sikap dan telatah parti-parti politik. Kita akan mudah terpedaya dengan kuantiti anggota yang kita ambil yang dianggap menguntungkan tanpa mewujudkan iltizam tarbiah.

Ini adalah satu jalan dan cara yang sangat merbahaya yang tidak dipercayai akibatnya. Ini mungkin menyediakan anasir yang kukuh yang mampu memikul hasil kemenangan, kekukuhan dan kekuasaan untuk Islam.Sebenarnya kita tidak kekurangan kuantiti, tetapi kita kekurangan kualiti. Kita kekurangan bentuk dan contoh Islan yang kuat imannya yang membulatkan dirinya untuk dakwah, rela berkorban pada jalan dakwah dan jihad fi-sabilillah dan yang sentiasa istiqamah hinggalah bertemu Tuhannya.

Oleh kerana itu marilah kita beriltizam dengan tarbiah dan janganlah kita redha menukarkannya dengan cara yang lain.Di Antara Dakwah dan Manusia Kita adalah manusia yang kadangkala benar dan kadangkala salah dan kadangkala kita berbeza pendapat. Ini merupakan perkara biasa bagi sesiapa yang bekerja dan berusaha di dalam sesuatu bidang.

Tetapi, di bawah naungan cinta, kasih sayang dan persaudaraan kerana Allah, dan dorongan ikhlas dan tajarrud (membulatkan diri kerana Allah), segala kesalahan boleh diperbetulkan, perbezaan pendapat boleh diperbaiki, penerangan boleh dibentangkan, dipertimbangkan dan dirumuskan serta diselaraskan. Hal ini melahirkan tolong-menolong dan bahu-membahu di antara kita semua.Perbezaan pendapat di dalam sesuatu perkara tidak merbahaya selagi ditauti oleh rasa cinta dan kasih sayang. Tetapi jika ditonjolkan oleh orang-orang yang tertentu yang mempunyai kepentingan lalu dikobarkan di dalam suasana marah kerana membela diri ditambah lagi rasa bangga di dalam melakukan dosa dan mengampu orang-orang yang tertentu yang boleh merugikan dakwah. Maka di sinilah syaitan masuk campur dan akan melahirkan perpecahan.

Akhirnya segala usaha menjadi hancur berantakan, waktu dihabiskan dalam perbalahan kemudian berusaha pula membuat perdamaian. Jika perkara seperti ini terus terjadi dan berulang maka dakwah dan kepentingannya akan terkorban di dalam suasana yang sedemikian. Pada hal sewajarnyalah segala usaha yang membina perlu ditumpukan kepada generasi yang sedang tumbuh dan mekar dalam mendidik dan mempersiapkan mereka dengan sebaikbaiknya.PenutupInilah sebahagian dari penyelewengan dan ketergelinciran di sepanjang jalan dakwah. Marilah kita sedari dan pelihara diri kita daripadanya.

Kita sentiasalah tanpa henti meminta pertolongan kepada Allah Taala supaya dia membawa kita, memimpin kita melalui jalan yang benar dan menunjuki kita jalan lurus kerana sesungguhnya Dia Maha Kuasa membuat apa yang dikehendakinya.

http://jihadtegakislam.blogspot.com

Sunday, August 24, 2008

BERKELAH DI TAMAN RIA, TAIPING

Salam ukhwah..
Alhamdulillah setelah beberapa lama ana menyepi dari dunia blogger yang penuh informasi dan menjadi satu cabaran baru pada pihak kerajaan hari ini.. ana kembali atas tujuan mencoretkan satu dua pengalaman dalam kehidupan ini.. hidup yang bermusafir.. biarpun perjalan itu singkat, dekat atau pun sedikit pasti akan ada secalit kenangan yang akan mengajar erti sebuah perjalanan hidup..

setelah hampir 2 bulan ana tak balik ke kampung rasa rindu pada keluarga semakin menghimpit menyebabkan ana tersepit di celahan masa yang begitu terhad dan terbatas untuk melangkah jauh dari bumi perlis.. biarpun mungkin pada orang lain 2 bulan itu hanya satu waktu yang pendek..
kalau di pejabat.. kawan-kawan kata.. "ala kami raya baru balik kampung.. tak pun waktu kenduri.. "

kalau sahabat-sahabat sefikrah kata.. "biasa la tu.. mcm tak pernah plak tak balik berbulan-bulan.. program-program dah bersusun.. habis program nanti balik la.."
ana termenung seketika.. memikirkan benarkah begitu.. adakah pentingnya segala gerak kerja sehingga mengatasi hak kepada keluarga.. lalu terngiang-ngiang di gegendang telinga ini "tiada keredhaan Allah tanpa redha dari kedua ibu bapa.." hati ni rasa kuat untuk meneruskan perjalanan ke kampung.. untuk bersama keluarga tercinta..

lalu ana bermohon.."ya Allah andai kepulangan ku ini bakal memberi manfaat kepada segala gerak kerja yang telah Engkau amanahkan kepada ku.. aku mohon keberkatan Mu.. permudahkan segala urusan bagi ku.." dengan penuh keyakinan ana tinggalkan bumi perlis untuk 4 hari bersama keluarga di kampung..


Alhamdulillah.. sempat kami sekeluarga pergi berkelah..memang seronok.. ana dah lama tak rasa rileks.. tenang dengan gelak tawa adik2.. ana dongak ke langit melihat keagungan Al - Kholiq.. benar sekali nikmat kurniaan Nya..tiada tandingan.. kami terus mandi sambil sekali sekala menyelam ala-ala katak nak lemas.. hidangan istimewa maggi kari cintan juga menambahkan lagi selera untuk terus bermain..

sepanjang cuti pendek di kampung ana terus hiburkan hati setiap ahli keluarga.. selain berkelah, kami luangkan masa untuk bershopping di tesco kamunting.. kemudian tolong ayah ngn ma berniaga di pasar tani taiping.. setiap hari ada sahaja aktiviti yang membuat kan hilai tawa sekeluarga bersatu.. di tambah lagi dengan telatah si comel syafiq yang semakin bijak menutur sebutan dalam usia setahun lima bulan.. semoga syafiq dididik untuk menjadi anak yang soleh yang dapat memberi manfaat kepada agama Allah..
aku semakin yakin, semakin berani menyatakan setiap pergerakan secara terang-terangan kepada ma dan ayah..
dan Alhamdulillah.. Allah telah membuka ruang dan mempermudahkan segala urusan.. kepercayaan dari ibu dan ayah menjadi harta paling bernilai.. ana mohon pada ma dan ayah restu dalam setiap yang ana usahakan.. aku beriltizam selagi bumi perlis belum menang.. aku akan terus berjuang kerana perlis tempat bermula nya ana mengenal perjuangan.. perjuangan dalam kehidupan.. dan insya Allah di bumi mana ku berpijak di situ ISLAM dijunjung.. Alhamdulillah..