Sunday, August 24, 2008

BERKELAH DI TAMAN RIA, TAIPING

Salam ukhwah..
Alhamdulillah setelah beberapa lama ana menyepi dari dunia blogger yang penuh informasi dan menjadi satu cabaran baru pada pihak kerajaan hari ini.. ana kembali atas tujuan mencoretkan satu dua pengalaman dalam kehidupan ini.. hidup yang bermusafir.. biarpun perjalan itu singkat, dekat atau pun sedikit pasti akan ada secalit kenangan yang akan mengajar erti sebuah perjalanan hidup..

setelah hampir 2 bulan ana tak balik ke kampung rasa rindu pada keluarga semakin menghimpit menyebabkan ana tersepit di celahan masa yang begitu terhad dan terbatas untuk melangkah jauh dari bumi perlis.. biarpun mungkin pada orang lain 2 bulan itu hanya satu waktu yang pendek..
kalau di pejabat.. kawan-kawan kata.. "ala kami raya baru balik kampung.. tak pun waktu kenduri.. "

kalau sahabat-sahabat sefikrah kata.. "biasa la tu.. mcm tak pernah plak tak balik berbulan-bulan.. program-program dah bersusun.. habis program nanti balik la.."
ana termenung seketika.. memikirkan benarkah begitu.. adakah pentingnya segala gerak kerja sehingga mengatasi hak kepada keluarga.. lalu terngiang-ngiang di gegendang telinga ini "tiada keredhaan Allah tanpa redha dari kedua ibu bapa.." hati ni rasa kuat untuk meneruskan perjalanan ke kampung.. untuk bersama keluarga tercinta..

lalu ana bermohon.."ya Allah andai kepulangan ku ini bakal memberi manfaat kepada segala gerak kerja yang telah Engkau amanahkan kepada ku.. aku mohon keberkatan Mu.. permudahkan segala urusan bagi ku.." dengan penuh keyakinan ana tinggalkan bumi perlis untuk 4 hari bersama keluarga di kampung..


Alhamdulillah.. sempat kami sekeluarga pergi berkelah..memang seronok.. ana dah lama tak rasa rileks.. tenang dengan gelak tawa adik2.. ana dongak ke langit melihat keagungan Al - Kholiq.. benar sekali nikmat kurniaan Nya..tiada tandingan.. kami terus mandi sambil sekali sekala menyelam ala-ala katak nak lemas.. hidangan istimewa maggi kari cintan juga menambahkan lagi selera untuk terus bermain..

sepanjang cuti pendek di kampung ana terus hiburkan hati setiap ahli keluarga.. selain berkelah, kami luangkan masa untuk bershopping di tesco kamunting.. kemudian tolong ayah ngn ma berniaga di pasar tani taiping.. setiap hari ada sahaja aktiviti yang membuat kan hilai tawa sekeluarga bersatu.. di tambah lagi dengan telatah si comel syafiq yang semakin bijak menutur sebutan dalam usia setahun lima bulan.. semoga syafiq dididik untuk menjadi anak yang soleh yang dapat memberi manfaat kepada agama Allah..
aku semakin yakin, semakin berani menyatakan setiap pergerakan secara terang-terangan kepada ma dan ayah..
dan Alhamdulillah.. Allah telah membuka ruang dan mempermudahkan segala urusan.. kepercayaan dari ibu dan ayah menjadi harta paling bernilai.. ana mohon pada ma dan ayah restu dalam setiap yang ana usahakan.. aku beriltizam selagi bumi perlis belum menang.. aku akan terus berjuang kerana perlis tempat bermula nya ana mengenal perjuangan.. perjuangan dalam kehidupan.. dan insya Allah di bumi mana ku berpijak di situ ISLAM dijunjung.. Alhamdulillah..

No comments: