Thursday, September 4, 2008

TARAWEH DI MASJID AN-NUR - ARAU


Bismillahirrahmanirrahim.. Salam Ramadhan..

Bertemu kembali dalam diari senyap yang menjadi medan ana berlatih menulis.. catatan ringkas dari pemerhatian sepanjang perjalanan di atas muka bumi Allah yang maha indah.. sesungguhnya tidak ada tandingan setiap ciptaan Nya.. Langit yang luas terbentang di atas tanpa tiang, lautan yang tersebar terkandung 1001 rahsia alam, pepohon yang menghijau teguh memayungi bumi dari ketandusan.. haiwan yang pelbagai ciptaan.. dan manusia yang bertaburan dengan pelbagai acuan dan ragam.. Subhanallah..

4 Ramadhan ana meluangkan masa untuk bersama-sama saudara-saudara se Islam meraikan waktu berbuka dan solat berjemaah di Masjid An-Nur, Arau. Merenung ke arah warga kampus yang hadir untuk berbuka berjamaah, ana terpaku kerana kenangan bersama sahabat-sahabat satu masa dulu terbayang di mata.. seraya ana mengucapkan Subhanallah..sahabat-sahabat yang di rahmati Allah.. ana rindukan kalian.. ana rindukan suasana medan tarbiyah bersama kalian.. namun telah di tentukan bahawa tempat kita meneruskan amanah Allah adalah berlainan.. Moga kalian sentiasa di payungi rahmat kasih sayang Allah SWT..

Selesai solat maghrib berjamaah, ana melihat adik-adik, sahabat-sahabat yang komited dalam beramal, ada yang bertilawah, ada yang berusrah, ada yang terus menyambung juadah.. sementara tunggu solat isyak, sempat ana menghabiskan separuh juzuk ke 5 bacaan al-quran, azam bulan ni dapat khatam sekali sekurang2nya.. insya Allah

Berpusu-pusu muslimat hadir untuk solat taraweh berjamaah, namun ana perhatikan.. jauh di sudut kecil hati ini.. sedih melihat ummat hari ini yang semakin hari semakin membudayakan nilai-nilai islam hadhori.. majoriti yang hadir agak kurang memuaskan dalam etika berpakaian.. ramai yang tak mengikut cara menutup aurat yang betul.. aduhai manusia.. adakah ini salah mereka? mungkin ya.. mungkin tidak.. teringat ana akan satu ayat "jika kita nak lihat keadaan generasi akan datang , maka lihat lah pada generasi hari ini.." adakah ini hasil dari pentarbiyahan 50 tahun pihak kerajaan.. rakyat berjaya dibentuk mengikut acuan pemikiran barat.. Islam itu hanya menjadi hiasan untuk di pertontonkan.. sesekali mereka menoleh dengan pandangan sinis yang kononnya tidak sesuai pada zaman.. Astaghfirullahhal'azim.. "Ya Allah kurniakan lah kami hidayah Mu.. agar kami tetap di atas jalan Mu.. dan bukakan lah pintu hati mereka agar mereka kenal akan jalan Mu.."

Selesai solat taraweh.. Tazkirah di adakan.. sebagai pengisian buat para jamaah, satu lagi suasana yang menyedihkan berlaku.. sedang ustaz menyampaikan tazkirah, jemaah muslimat sibuk melipat telekung di iringi dengan bualan yang membingitkan.. bunyian seperti dihurung lalat.. kemudia segerombolan daripada jamah tadi keluar meninggalkan rumah Allah.. hanya segelintir yang tinggal.. khusyuk mendengar peringatan-peringatan Allah.. Allahuakbar.. ana menghela nafas sambil menggelengkan kepala.. begitulah keadaan masyarakat yang semakin pudar akhlak islamiyah..

Walau apa pun keadaan.. ana bersyukur kerana Allah mengizinkan untuk melihat dan menilai suasana pada malam itu yang semestinya menjadi pengajaran dan peringatan untuk diriku.. dan sudah pasti menjadi asbab untuk ana terus menyemat azam dalam berdakwah.. Allahuakbar..

Monday, September 1, 2008

DARUL MAHABBAH

Salam Ramadhan Ikhwan Akhawat Rahimakumullah.. Bismillahhirrahmanirrahim..

Dia lah yang awal dan akhir.. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.. selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. Kekasih Allah yang dicintai..

Pagi 2 Ramadhan ini memberi ana nafas segar dalam nikmat kurniaan Nya.. lantas jari jemari ini terasa ingin menaip dengan pantas atas semangat bekerja..tapi apakan daya komputer di pejabat rosak menjadi asbab untuk ana mengupdate blog yang di tinggalkan buat seketika.. :)

Hari sabtu 30 Ogos yang lepas memberi ana beberapa pengajaran dalam hidup ini, tambahan lagi ia merupakan antara hari yang paling sedih dalam 6 tahun ini kerana ia merupakan hari lahir abang yang hilang entah ke mana.. masih dalam proses pencarian... ana tinggalkan dulu cerita ini kerana panjang ceritanya...

Sepanjang hari bermula selepas subuh.. tubuhku dimanfaatkan sepenuhnya, selesai mengikuti progran nisa on street jam 1.30 tengahari.. aku bergegas ke RO (rumah tarbiyah) yang telah dimaklumkan bakal mengalami perubahan.. walaupun dalam keadaan keletihan namun keinginanku kuat untuk menziarahi adik-adik yang rajin lagi berdedikasi.. :)

Sejak awal lagi bila ana di maklumkan "kak, 30 hb ni nak buat gotong-royong RO.." lantas terdetik dalam hati ini "tahniah adik2ku yang dikasihi, kerana rasa bertanggungjawab pada rumah yang telah lama hilang serinya.." ana menanti hari itu.. dan hari ini..

Setibanya ana di depan RO.. Masya Allah... RO ke ni? tapi apa nak di hairankan.. lebih 9 tahun.. generasi berganti generasi tidak ada yang bersungguh-sungguh untuk memeliharanya..kerana keadaannya yang agak dhoif.. menyebabkan kemalasan untuk mengemas bertambah-tambah.. Namun ana terkesima sebentar, melihat semangat adik2 yang bergotong royong, ada yang mengecat, yang mengemas, yang membasuh, yang buang sampah, yang menghias, yang makan.. macam-macam fi'il.. ana terhibur melihat telatah masing-masing yang semestinya gurauan dlm ukhwah fillah..

hanya sebentar ana sempat menziarah kerana di jadualkan jam 5 petang ana perlu hadir usrah dewan muslimat yang di bimbing oleh ustaz kesayangan Ust Yusaine Yahya. Rasa sedih nak meninggalkan adik2..tapi bila dah ramai2 tak tahu pulak nak tolong buat apa :)

Ana di maklumkan juga.. kini tiada lagi 'RO' yang ada adalah 'Darul Mahabbah' walaupun tengok dari luar nampak macam kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. tapi bila masuk dalam.. bukan setakat kais.. semua benda boleh hentam.. tambah lagi ada k.pah, kinah dan afitah :) jangan marah ye.. hanya sekadar gurauan.. kepada si mawar 'merah' yang dilantik sebagai mudirah Darul Mahabbah, kepada Su'da, Che Nad dan Zura kini menjadi tanggungjawab kalian mengembalikan ruh tarbiyah di teratak nan indah..

Pada adik2ku yang dikasihi laksanakan lah apa cara sekali pun..asalkan teratak tarbiyah terus tersebar wangian dakwahnya, terus seri dengan akhlaknya, terus indah dengan hiasan mujahidahnya..

Tahniah dan terima kasih atas keprihatian kalian kepada 'Darul Mahabbah' semoga Allah melimpahkan rahmat kasih sayang Nya yang menjadi penguat kepada 'Darul Mahabbah' :) Allahuakbar!