Thursday, October 30, 2008

Milik Allah..


BismilLah, wassolatu wassalamu ‘ala Saiyyidina Rasulillah wa ‘ala alihi wa ashaabihi ila yaumiddin, wa ba’du ;

Salam mahabbah..

Ketenangan yang Allah kurniakan menjadikan kaki ana lancar mengatur langkah ke setiap tempat yang di tuju sehinggalah ana berkesempatan meletakkan diri dalam satu majlis ilmu kuliah maghrib di taman jali yang dipimpin oleh Al Fadhil Ust Yusainee Yahya.

Ana coretkan semula sebagai ingatan buat diri ini.. hamba yang lemah lagi hina..
" Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman." (Surah An-'Am :125)

- disesatkan Allah berarti: bahwa orang itu sesat berhubung keingkarannya dan tidak mahu memahami petunjuk-petunjuk Allah. dalam ayat ini, Karena mereka itu ingkar dan tidak mahu memahami apa sebabnya Allah menjadikan nyamuk sebagai perumpamaan, Maka mereka itu menjadi sesat.-

"Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka Kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang Telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. mereka itu dalam kesesatan yang nyata." (Surah Az-Zumar :22)

Dua Kalam Allah diatas telah menjelaskan betapa tinggi nilai Hidayah Allah SWT dan Hidayah itu adalah milik mutlak Allah SWT. Dikurniakan kepada hamba-hamba Nya yang terpilih. Merenung jauh ke dalam diri.. Subhanallah.. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih.. manusia sering terlupa, terleka, terlalai.. selalu di buai mimpi dunia yang enak sehingga malas dan membawa kepada jahil dari berfikir untuk mengenal makrifatullah. Lalu Allah telah memberi peringatan akan mereka yang mendodoi diri sehingga terlena dari mengingati Nya.. bahkan walaupun terjaga dari lenanya mereka tetap atas sikap jahil itu.. begitu lah Allah menimpakan seksa ke atas golongan yang sesat..

Dalam satu ayat lain yang tak sempat ana menyalin apa yang di sebut ustaz, bahawa orang yang beriman juga akan dimasukkan ke dalam neraka.. kenapa? kerana kita adalah hamba Allah, dan Allah berhak sepenuhnya ke atas hamba-hamba Nya.. Sebagai contoh, kita beli paper kemudian paper tu menjadi hak kita dan terpulang pada kita nak buat bungkus nasi lemak ka, nak jual pada paper lama ka, nak buat saprah ka.. jadi begitulah kita ni pada Allah SWT.. Allah berhak perbuat apa sahaja pada hamba Nya.. sebagai hamba kita lalui apa yang Allah berikan.. dan bersyukur atas apa yang Allah kurniakan..

Namun Allah telah janjikan pada hamba Nya yang beriman akan balasan kebaikan.. mustahil Allah akan menimpakan seksa ke atas orang-orang yang beriman.. tetapi tidak mustahil juga kerana itulah haq mutlak Allah SWT. Dan Allah berpesan pada hamba Nya yang melakukan dosa..

"Kepada hamba-hambaku yang berbuat dosa, jangan kamu berputus asa dari rahmat Ku kerana Aku berhak memberi keampunan.."

Begitulah peri pentingnya kita sebagai hamba Allah meletakkan diri dalam suasana bi'ah solehah agar terpelihara iman dan taqwa. Mengapa kita mesti menunggu orang lain yang datang mengajak kepada pentarbiyahan diri.. mengapa tidak kita sendiri mendidik dan mendisiplinkan diri seperti menghadiri majlis-majlis ilmu, kuliah-kuliah, merajinkan diri membaca buku-buku ilmiah, meletakkan diri hampir dengan orang-orang 'alim, dan kita membentuk bi'ah itu dalam diri sendiri..itulah antara keperluan kepada tanggungjawab menunaikan fardhu muslim. Tidak boleh sama sekali kita membiarkan akal dalam keadaan jahil dan perlu usahakan diri menanganinya untuk akal mendapat makrifah.

Taat Menjadi Maksiat

Ketaatan kepada segala perintah Allah adalah menjadi satu kewajipan yang dituntut dalam akidah islamiyah. Apabila terukir di bibir "Lailahaillallah..Muhammadurrasulullah.." maka terpahat di hati "tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan nabi Muhammad itu Pesuruh Allah" akal menafsirkan ketaatatan itu melalui perbuatan iaitu amalan. Bagaimana ketaatan itu berubah menjadi maksiat? sebagai contoh, Solat merupakan kewajipan, dan kita melaksanakan kerana bukti ketaatan kita kepada Allah, namun Solat itu bertukar menjadi maksiat apabila ia dilaksanakan kerana riak dan sebagainya.. na'uzubillah.. di sini dapat kita perhatikan kemungkinan banyak maksiat yang kita lakukan secara tidak sedar di sebabkan hati yang lalai dan leka.. "ya Allah ampunkan dosa-dosa kami..."

Beramal Dengan Islam

Barang siapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, maka dia memahami Islam, dia mahu dirinya sentiasa terikat dengan segala prinsip-prinsip Islam, seperti ekonomi, rumahtangga, politik, kerja dan segala-segalanya mengikut cara Islam.. itulah bukti Allah kasih akan hamba Nya.. Di saat kita berdiri menghadap Allah ketika Solat, telah kita lafazkan dalam iftitah "..innasolati wa nusuki wa ma yahya wa mamati lillah hirabbil 'alamin.." kita telah berikrar akan hidup dan mati adalah kerana Tuhan sekelian alam, Allah Azza Wa Jalla.. dan barang siapa yang beramal dengan Islam di saat Islam luntur, 100 pahala orang yang mati syahid bagi nya.. Subhanallah..

Kasih Sayang Allah

Setelah kita berada dalam ketaatan, usahlah kita mohon pada Allah pahala yang banyak, mohonlah akan kasih sayang Allah..kerana apabila Allah kasih akan hamba Nya.. lebih daridapa pahala yang Allah kurniakan.. Bagaimana nak dapatkan kasih sayang Allah? Laksanakan segala perintah Nya.. dan tinggalkan larangan Nya.. sebagai contoh, Solat mengikut kehendak Allah, tepat pada waktunya kerana telah diberi peringatan ketika azan akan waktu menghadap Allah SWT, tetapi kita selalu terlupa bahkan membuat pertimbangan mengikut akal sendiri dengan meletakkan jam sebagai panduan. "Pukul 6.30 subuh, 2.00 zuhur, 5.30 asar, ....." atau " siapkan ni dulu sat..pastu solat..pastu bla..bla..bla.." Astaghfirullahal'azim... bagaimana kasih sayang Allah akan hadir jika ini keadaan kita... Kata Rasulullah SAW, " Allah tawarkan aku segala bukit bukau, gunung ganang menjadi emas... aku tak mau ya Allah.... cukuplah Engkau jadikan aku kenyang sehari lapar sehari.." Subhanallah..


Monday, October 27, 2008

Final Exam


Assalamu'alaikum..kepada sahabat-sahabat dan adik-adik yang akan menjalani peperiksaan akhir bagi semester ni, buat lah yang terbaik.. Moga redho Allah sentiasa mengiringi kalian dalam berjuang di medan pensijilan duniawi. Pastikan hasilnya memberi kesan kepada imej Islam yang sudah pasti untuk dipersembahkan di hadapan Pencipta yang Agung.. Usahakan yang terbaik.. dan bertawakkal lah.. kejayaan pasti menjadi milik kalian..

Antara Petua menenangkan diri sepanjang perjalanan peperiksaan :

1. Bangun Awal (walaupun paper petang) mandi sebelum bertahajud.
2. Solat subuh berjamaah.
3. Al-Ma'thurat
4. Tilawah Al-Quran (terutamanya surah Yaasin)
5. Solat Dhuha
6. Ayat 1000 Dinar (sekurang-kurangnya sehari sekali)
7. Jaga Solat Fardhu
8. Solat Hajat
9. Bermaaf-maafan
10. Doakan untuk Orang lain
11. Jangan Tengok TV (kalau free antara selang paper baca buku ilmiah/komik/novel)
12. Pakai stokin baru setiap kali nak amek paper.
13. Kalau boleh pakai kasut bertutup, tambah confident walaupun study last minit
14. Tepon kat mak ayah.. dan jgn lupa ucapkan pada mak ayah "i love u"
15. Banyakkan zikrullah
16. Datang awal ke tempat peperiksaan
17. Langkah masuk dewan dengan membaca "Allahumma Haiyi'lana min amrina rashada"
18. Baca 3 Qul sebelum mula menjawab soalan
19. Dengan lafaz Bismillah... mula menjawab
20. Banyakkan berselawat semasa menjawab soalan
21. Ucapkan "Alhamdulillah.." selepas selesai menjawab.... jangan fikir dah..

Selamat Menjawab dengan Redho...
"Barang siapa yang redho akan ku.. Aku redho kepada nya.."
ana pernah dengar ayat ni..tapi tak ingat sumbernya...
wallahu'alam.