Monday, October 27, 2008

Final Exam


Assalamu'alaikum..kepada sahabat-sahabat dan adik-adik yang akan menjalani peperiksaan akhir bagi semester ni, buat lah yang terbaik.. Moga redho Allah sentiasa mengiringi kalian dalam berjuang di medan pensijilan duniawi. Pastikan hasilnya memberi kesan kepada imej Islam yang sudah pasti untuk dipersembahkan di hadapan Pencipta yang Agung.. Usahakan yang terbaik.. dan bertawakkal lah.. kejayaan pasti menjadi milik kalian..

Antara Petua menenangkan diri sepanjang perjalanan peperiksaan :

1. Bangun Awal (walaupun paper petang) mandi sebelum bertahajud.
2. Solat subuh berjamaah.
3. Al-Ma'thurat
4. Tilawah Al-Quran (terutamanya surah Yaasin)
5. Solat Dhuha
6. Ayat 1000 Dinar (sekurang-kurangnya sehari sekali)
7. Jaga Solat Fardhu
8. Solat Hajat
9. Bermaaf-maafan
10. Doakan untuk Orang lain
11. Jangan Tengok TV (kalau free antara selang paper baca buku ilmiah/komik/novel)
12. Pakai stokin baru setiap kali nak amek paper.
13. Kalau boleh pakai kasut bertutup, tambah confident walaupun study last minit
14. Tepon kat mak ayah.. dan jgn lupa ucapkan pada mak ayah "i love u"
15. Banyakkan zikrullah
16. Datang awal ke tempat peperiksaan
17. Langkah masuk dewan dengan membaca "Allahumma Haiyi'lana min amrina rashada"
18. Baca 3 Qul sebelum mula menjawab soalan
19. Dengan lafaz Bismillah... mula menjawab
20. Banyakkan berselawat semasa menjawab soalan
21. Ucapkan "Alhamdulillah.." selepas selesai menjawab.... jangan fikir dah..

Selamat Menjawab dengan Redho...
"Barang siapa yang redho akan ku.. Aku redho kepada nya.."
ana pernah dengar ayat ni..tapi tak ingat sumbernya...
wallahu'alam.

No comments: